Tadi tengok program Ally.
Tajuk minggu ni, cinta sejati.
Entah apa yang diorang cerita, isi tak banyak. Tapi part yang best tak lain bukan ada Jue Aziz yang hot tu. Ahaks. Sampai menangis-nangis minah tu cerita kisah sedih cinta lama dia.
Tapi yang paling best bila slot penonton diberi peluang tanya soalan.
Penonton ketiga yang bertanya, tiba-tiba mengubah haluan program ini.
Sepatutnya, soalan diajukan untuk Jue dan Wan.
Tapi soalan ketiga adalah untuk Ally sendiri.
Kwang kwang kwang...
Soalannya:
Dengar cerita Ally bercinta dengan Elyana. Media pun dah heboh. Apa komen?
Ally terpana seketika. Lepas tu dia cuba untuk KONA supaya dia tak payah jawab soalan tu. Sudahnya, soalan 3 dijawab dahulu. Haha. Bravo tukang tanya!!!
Tup tup pulak, belum sempat habis jawab pasal Elyana, Ally diarahkan bagu ruang untuk satu klip.
Jeng jeng jeng!!
Elyana yang ditemubual. Ditanya, macammana kalau dia dengan Ally JADI?
Macam biasalah jawapan artis, kalau dah jodoh ON je. Haha. Bes bes. Melepas aku!!
Pastu Elyana siap sound, kalau lelaki dah suka sorang pompuan, better cepat-cepat buat move. Kalau lambat takut nanti kena kebas kata Elyana dengan penuh nakal. Haha.
Abis klip tu, Jue pulak buat-buat merajuk dah nak balik katanya. Haha. Makin happening. Kononnya Jue pun berangan nak tackle Ally la tu??
Selepas part tu, banyak la cakap-cakap antara mereka yang balik-balik Ally-Elyana-Jue. Haha.
Lagi best, Ally nak kata Jue, tersebut Elyana. Tersasul sampai macam tu sekali. Ape kes Ally ni? Jue terus bangun buat buat nak balik tuh. Haha.
Aku suka tengok program yang rungan-ringan canni. Senang. Tak pening kepala nak fikir ape-ape.
O well.
Ally dah terkantoi, tak ternafi dah.
Elyana pulak macam layaan je.
Jue?? Cuba la nasib, boleh jer. Haha.
p/s:
dinda aku kata aku ada sikit mcm Ally.
ex aku pulak mcm Jue.
Sape macam Elyana?? haha.
No comments:
Post a Comment