Monday, July 11, 2011

Tanjung Pagar

Tersentap sungguh aku bila TERtengok Majalah3 9July2011 yang mendokumentarikan perkhidmatan keretapi Tanah Melayu terakhir ke/dari Tanjung Pagar, last beroperasi 30Jun2011.

Aku tak pernah tahu NILAI Tanjung Pagar, sehinggalah aku sendiri menjejakkan kaki ke stesen keretapi penuh sejarah itu pada 18Mei 2011.

The story goes….

AKu ada company training di Singapore pada 18Mei… Malamnya, aku naik tren KTM, dari KL Sentral, tak dapat tiket berkatil, so aku tidur duduk sepanjang perjalanan. Sampai di Woodland sekitar 7am. Dan Tanjung Pagar lebih kurang jam 8 lebih.

Sebaik keluar dari tren, aku rasa umpama bermimpi.Bangunan yang menjadi stesen tren ini.... sungguh.... sungguh istimewa... sungguh unik... aku rase bagaikan aku baru sahaja turun dari sebuah kapsul masa, menjengah ke tahun 60an-70an... Bangunan, warna, pencahayaan, juga kedai makan yang ada, LANGSUNGA TIDAK DITELAN ZAMAN. Langsung tidak terkesan walaupon Singapura telah pesat membangun. Bangunan stesen keretapi Tanjung Pagar, kekal di abad ke20. Aku kagum..... Terasa aura keistimewaan stesen. As simple as that.

Aku mengambil tren pulang pada jam 10mlm 18Mei itu juga. So, sekali lagi kakiku memijak lantai bangunan kolonial yang menyimpan sejuta sejarah itu, sekali lagi bulu romaku meremang. Ia sungguh istimewa.

Lebih mengejutkan aku, sewaktu beratur memasuki tren, aku lihat bendera Malaysia yang banyak. Kemudian kuterlihat KASTAM DI-RAJA MALAYSIA. Apakah ini? Baruku faham, ku rasa, Tanjung Pagar masih dimiliki Malaysia, menjadi satu-satunya aset Malaysia yang masih milik Malaysia di tanah Temasik ini. Selepas melalui kastam Malaysia, lalu pula kastam Singapura. Kemudian di Woodland, baru paspot di-cop untuk sah KELUAR Singapura.

Aku dapat tiket berkatil untuk perjalanan pulang, justeru aku dapat tidur lena, suatu pengalaman istimewa, tidur dalam tren atas katil, dengan selesa hinggalah sampai ke KL. Tidak kusangka itulah kali terakhir aku dapat merasai pengalaman indah di stesen Tanjung Pagar.

Sempat otakku berkira-kira. Singapura pernah menjadi sebahagian Malaysia. Tapi sebaik Singapura merdeka, tidak kusangka, Tanjung Pagar kekal menjadi sejarah istimewa. 1932-2011, itulah tempoh operasi tren dari Tanjung Pagar, merentasi tanah Malaya. Ia melalui zaman perang, zaman penjajahan, zaman perjuangan kemerdekaan, Tanah Malaya, malah menjadi sebahagian Singapura yang merdeka, dan menjejak zaman millenium, barulah ia berhenti.

Persoalan yang masih tiada jawapan konkrit dariku, kenapa bendera Malaysia memenuhi ruang menaiki tren di Tanjung Pagar? Adakah itu tanah kita? Tanah Malaysia? Mengapa KTM telah berhenti? Adakah ia bererti Tanjung Pagar juga telah bertukar milik?

Walau apa pun, padaku, Tanjung Pagar sangat bererti, biarpun aku hanya pernah SEKALI ke sana. Istimewa. Dan aku tidak bersendirian. Menerusi Majalah3 hari tu juga, pada pekerja KTM di Tanjung Pagar juga berkongsi perasaan yang sama. Dapat kurasakan aura perasaan yang sama lahir dari getar suara mereka ketika berkongsi pengalaman dan pendapat dengan penutupan Tanjung Pagar.

Tren terakhir datang dan pergi dari Tanjung Pagar sekitar 11malam, 30 Jun 2011 (kira-kira 6 minggu selepas kunjunganku).

Tanjung Pagar, dalam kenangan.

gallery:

the ticket



now u see what I'm talkin about?





and, the comfy bed!!