OK. Malam ni layan program ALLY. Membincangkan “bahasa rojak”. Kenapa? Bagaimana? Apa kesan? Dan sebagainya.
So, saya pun nak goreng jugaklah. Well, terang-terangan saya juga guna bahasa rojak. So of course saya tak kan kata bahasa rojak tak bagus. tapi.... teruskan membaca
Punca. Bagaimana ia wujud?
Saya pernah tengok satu wawancara pasal nih, panel tu kata, bahasa itu sendiri mobil. Jika ia tidak mobil, bahasa itu akan pupus. Sama macam kalau kita masih ingat la, dalam matapelajaran sejarah, kerajaan didefinisikan sebagai pemerintahan yang ada mobility. Maknanya ada perubahan. Ada kemajuan. Ada penambahan. Tanpanya, kerajaan itu akan pupus.
So, adakah bahasa rojak ini sebahagian daripada mobility yang dimaksudkan? Setakat yang saya faham, ia bukan. Mobiliti di sini sepatutnya bermaksud penambahan di tempat2 tertentu yang perlu. Seperti terma terma saintifik yang tidak wujud dalam bahasa melayu yang asal.
Bahasa rojak yang di guna kini, mari kita check few of them.
English terms, ini tidak dapat dielakkan. Bila bahasa Inggeris pada mulanya TERPAKSA digunakan, ia sudahpun menular ke dalam bahasa Melayu. Apatah lagi bila penggunaannya DIPAKSA pula dalam sistem pembelajaran Malaysia, ia memang menjadi suatu bahasa teras seharian. Andai ini berlaku, jika bahasa melayu tidak membenarkan pencampur-adukkan di antara 2 bahasa ini, survival bahasa melayu akan terancam.
Bahasa Indonesia. Gua, Lu, itu semua bahasa yang diterima rasmi di Indonesia. Yang menjadi masalah cuma bila mana ia dimulakan oleh golongan tertentu (gua lu mat ganja dan rockers 80-90an yang banyak guna). Jadi masalah di sini bukanlah dari segi bahasa saya rasa, ia kini dari segi pengguna dan kepenggunaan.
Kependekan. Ada bran=ada berani? Kita faham kependekan selalu diaplikasikan untuk kemudahan.
Tambahan. Cinta=cintan. Jiwa=jiwang. Kenapa nak panjangkan? Kat atas pendek untuk kemudahan. Entahlah.
Tetapi agak tidak adil apabila kita mempertikai status bahasa rojak ini. Kerana jika kita melihat ia dari satu sudut yang lain, ia hanyalah satu lagi bahasa slanga yang wujud. Seperti bahasa dialek yang lain. Di Utara tanah air, bahasa melayu yang digunakan, lain bunyinya. Kelate laing. Tranu laing. Perok lain lew juge. Nogori lain. Klaka Saghawak lain. Cakap Sabah lain jugak bah kan. Jadi apakah status penggunaan bahasa-bahasa ini juga harus dipertikai?
Kenapa saya mengkaitkan bahasa2 ini? Setiap dialek ini, yang turut menggunakan perkataan yang wujud sendiri, terutama dari pinjaman tidak pernah dipersoalkan kewujudannya. Perak, “depa” wujud hasil perkataan “they people”. Bahasa inggeris DAN dipendekkan. Terengganu, “slow” digunakan semua sejak dulu jarang sangat digunakan “perlahan”.
Bahayakah bahasa rojak? Setakat yang saya huraikan di sini, takde masalah lah. Guna je lah nak guna sehari-hari.
Tapi bagi yang memperjuangkan BAHASA, mereka kata tidak boleh. SAYA SETUJU. Mana boleh. Kenapa ye? Kita kena faham bahasa formal, dan tidak formal. Segala bahasa slanga ini adalah tidak formal. Diguna sehari-hari adalah golongan berkaitan.
Pada masa sama, kita perlu ingat di mana asal usul. Bahasa itu cermin bangsa. Ia reflect identity sesuatu bangsa. Jadi, bahasa yang BETUL yang asal, yang rasmi WAJIBlah diketahui oleh SEMUA warga Malaysia. Kerana ia identity Negara kita. Secara logiknya, satu-satunya tempat SEMUA ORANG belajar bahasa rasmi ini adalah di sekolah.
Kenapa? Semua orang di semua negeri, Perlis ke Johor, Terengganu ke Selangor, Penang ke Sabah, termasuk Sarawak, mereka ke sekolah. Walau apa saja bahasa daerah yang mereka gunakan, mereka akan ke sekolah dan belajar bahasa Malaysia. Bagus!!
Tetapi harus diingat, bahasa adalah sesuatu yang dipelajari lebih cepat melalui pengalaman. Bukan teori. Jadi, jika masa untuk belajar bahasa Malaysia sudah terhad (6jam sehari, 5 hari seminggu, tolak 3 bulan cuti setahun), maka itulah sahaja masa yang kita ada untuk menyampaikan BAHASA yang sebenar ini. Melangkah sahaja keluar dari waktu pembelajaran, pasti bahasa daerah kembali menguasai bibir-bibir mereka. Dan bila sampai usia yang mana sumber percakapan bukan lagi dipengaruhi ibu bapa, bukan lagi bahasa daerah dipraktikkan, tetapi bahasa moden yang bernama “bahasa rojak” inilah pula yang dituturkan.
So, persoalan, bila pembelajaran dalam Bahasa Inggeris pula ditambah, maka makin tipis lah survival bahasa Melayu ini. Bahasa Inggeris yang sudah menguasai dunia pastinya akan menguasai Malaysia bila kita mencapai WAWASAN 2020.
Untuk panel DBP yang hadir dalam program ALLY ini, rase macam nak tanya. SureHeboh diminta tukar jadi Jom Heboh. Bagus!! Syabas!! ALLY pulak dah sound Rakan Cop dan Rakan Fish kena la jugak tukar, bagi adil. Ahha, betul tu!!
Universiti Darul Iman Malaysia, kenapa akronimnya UDM??????? UDIM la…bukan UDM…. Bahasa kan memestikan penjarakkan 2 perkataan berbeza. Darul Iman. Bukan Daruliman. Jadi Universiti Darul Iman Malaysia. U.D.I.M. Perbetulkan!!
No comments:
Post a Comment