Thursday, January 11, 2018

Pesanan Kewangan buat Fresh Grad

"FRESH GRADUATE WAJIB BACA"
- Penyebab anda menyewa sampai bila-ii..

Rata-rata fresh graduate, cukup ja 3bulan kerja.. terus angkat kereta, yang ansuran bulanan lebih kurang RM800-1000.. padahal gaji hanya RM2500

Bila dah angkat kereta ansuran bulanan yang mahal, tipis dah nak beli rumah. Sbb pengiraan DSR dah kacau banyak. Kena lah settle, bayar kereta utk 9tahun dlu.. kalau umur sekarang 25, cukup 9tahun dah jadi 34tahun dah...

Contoh la gaji dah naik kepada RM3200 sebulan, nak beli rumah low cost dah tak boleh, sebab syarat low cost 3000 kebawah gaji..

Time tu, insurance pun dah jadi mahal.. Tempoh pembiayaan dah jadi pendek, menyebabkan ansuran bulanan jadi tinggi.

Nak beli rumah medium cost, dah mahal gila dah.. So, jangan la buat kesilapan yg sering dilakukan oleh anak muda sekarang..

Notes :
Nak pakai kereta boleh, pastikan ansuran bulanan, yg rendah... Ukur baju di badan sendri .
Jangan ikut nafsu..

======================================

Kalau angkat rumah dahulu, nak angkat kereta, senang ja nk lulus loan.. kita boleh kepilkan sekali tenancy aggrement, supaya bank dapat pandang rumah kita sebagai income bulan2.

kalau angkat kereta dulu? nak kepilkan dokumen apa? beli kereta tak salah. yg salahnya beli kereta, ansuran bulanan mahal.. sampaikan ansuran bulanan dah 50-60% dari gaji..

======================================

Sementara nak kumpul modal untuk deposit rumah tu, buat lah ASB Financing.  Supaya anda boleh kumpulkan modal dengan cepat.. At least anda dah buat komitmen dekat bank, dan sesetengah bank pandang ASB Financing ni, as a income, bila dah lebih dari setahun..

======================================
Nak beli rumah, tapi komitmen kat bank, belum ada apa2 komitmen.. Bank akan reject appplication utk beli rumah, sebab bank tak nampak sejarah pembayaran anda macam mana dekat bank..

So, pokok pangkalnya, uruslah kewangan anda dengan bijak !! Sekian dari saya
..

Credit toπŸ‘‡πŸ»
Rahimi Mustafa