Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen. Melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya . Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya . Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.
Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.
Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak, menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
(Renungan kita bersama) dipetik dari FB https://www.facebook.com/muhammadridzuan.riz
Showing posts with label general. Show all posts

Thursday, February 13, 2014
Sunday, January 19, 2014
Nabi Adam AS
Briefly....
Share sedikit kisah bapa ummat manusia Nabi Adam alaihissalam berdasarkan buku Atlas Sejarah Para Nabi dan Rasul karangan Sami bin Abdullah al-Maghluts.
1. Diutus ke bumi pd tahun 5872 SM dan wafat 4942 SM (usia 930 tahun).
2. Diturunkan di puncak tertinggi dunia, gunung Everest India, sebahagian berpendapat di Jazirah Arab. Wafat di India.
3. Keturunan awal nabi Adam 40 orang lelaki dan perempuan.
4.Nabi Adam disebut 25 kali dlm Al Quran.
5. Baitullah (kaabah) dibangunkan oleh Malaikat dan Nabi Adam menyempurnakan bangunannya dan bertawaf setelah diturunkan ke bumi yg kemudiaannya kembali di sempurnakan oleh nabi Ibrahim.
6. Bertemu Hawa di Arafah.
7. Abu Dzar pernah bertanya kepada Nabi Muhammad " Rasulullah, berapakah jumlah seluruh nabi? "Seluruhnya berjumlah 124 ribu," jawab beliau. "Lalu berapakah jumlah rasul dari mereka. "Jumlah mereka 313, jumlah yg sangat banyak" sahut Rasulullah. " Rasulullah, siapakah yang mengawalnya?" "Adam" jawab beliau. " Rasulullah, apakah beliau nabi yg diutus?". "Betul. Allah telah menciptakan Adam dengan tangan-Nya sendiri, meniupkan ruh-Nya ke dalam jasad Adam, kemudian menyempurnakannya secara langsung(tanpa perantara)," terang Rasulullah.
Lalu beliau bersabda, "Wahai Abu Dzar, ada 4 nabi yang berasal dari bangsa Suryani. Mereka adalah Adam, Syits, Nuh dan Idris. Idris adalah nabi pertama yang menulis dgn pena. Lalu ada 4 orang nabi yg berasal dari bangsa Arab. Mereka adalah Hud, Shalih, Syu'aib dan nabimu (Muhamad) wahai Abu Dzar. Nabi pertama Bani Israel adalah Musa dan yg terakhir adalah Isa. Sementara itu, nabi pertama dari seluruh nabi adalah Adam dan penutupnya adalah nabimu (Muhammad),".
Hadith riwayat Ibnu Hibban dalam shahihnya.
Wallahu A'lam.

Saturday, January 18, 2014
No Degree High Income
Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu kita ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah. Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak bermina, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain
Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.
1. Juruterbang
Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.
2. Penasihat Kewangan
Juga dikenali sebagai 'wealth advisor' merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka
3. Agen Insuran
Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan.
4. Agen Hartanah
Menjadi ejen hartanah juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. (gambar oleh Trevor_Page)
Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang 'oil and gas' seperti di Petronas, MMHE , Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelajayakkan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP, sebuah badan antarabangsa yang menjalankan kursus dan mengeluarkan sijil profesional yang diiktiraf seluruh dunia. Ia merupakan badan antarabangsa dan mereka ada melantik wakil tempatan untuk menjalankan kursus di Malaysia Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa & bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;
5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)
Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia). Di sini antara program pensijilan yang ditawarkan ialah;
12. Safety & Health Officer
Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan & kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard NIOSH. (gambar oleh tommyimages_com)
13. Rig Operator / Operator pelantar minyak
Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Kepada calon yang mempunyai kebolehan dalam bidang elektrikal, mereka bolehlah mengambil kursus berikut di Institut Latihan Perindustrian yang berdekatan.
14. Wireman
Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.
15. Chargeman
Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)
16. RoHS officer
ROHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Sejak tahun 2003 negara-negara barad dan Eropah telah melarang dan menghadkan kandungan barang kimia terlarang dan merbahaya dalam komponen-komponen barangan tertentu. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS. Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS Berikut adalah serba sedikit kerjaya yang terdapat di Malaysia yang tidak memerlukan ijazah universiti.
17. Bisnes
Untuk menjalankan bisnes tidak memerlukan kepada kelayakan akademik. Mulakan sahaja bisnes yang anda mahu. Jual produk atau servis. Sertai bisnes bersama kami, boleh hubungi kami:
- produk berasakan kesihatan: Aziana di 0123687395.
- nak jual kopi: Tompoq 0135777260 or visit tompoq.myorganogold.com
Yang penting semua kerja yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan memerlukan sijil dan kursus yang khas dan diiktiraf. Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi.
Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semanggat yang tinggi untuk berjaya. Jadi, yang mana satu pilihan anda? -
Sumber: http://syedsyahrul.blogspot.com

Subscribe to:
Posts (Atom)